MELAKA: Keterujaan ketika kali pertama mengibarkan Jalur Gemilang pada tarikh keramat 31 Ogos 1957 tidak pernah luput dalam ingatan Abdul Raship Khalil, 74. Dia yang juga pesara kerajaan berkata, waktu itu dia hanya berusia enam tahun apabila Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada penjajah British. Katanya, sebagai persediaan menyambut hari bersejarah itu, arwah ayahnya telah membawa pulang sehelai kain berwarna merah, biru, kuning dan putih. “Waktu itu tidak banyak kedai…