WASHINGTON: Pentagon dilaporkan secara senyap-senyap menyekat Ukraine daripada menggunakan Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang sasaran di dalam Russia. Menurut laporan Wall Street Journal yang memetik pegawai AS, langkah itu sekali gus mengehadkan keupayaan Kyiv menggunakan senjata tersebut dalam mempertahankan diri daripada pencerobohan Moscow. Laporan itu muncul ketika Presiden AS, Donald Trump semakin lantang menyuarakan kekesalan terhadap perang yang berlarutan selama tiga…