Penduduk Selatan Thailand bersatu doakan Zara Qairina

Penduduk Selatan Thailand bersatu doakan Zara Qairina

SEBAHAGIAN rakyat Malaysia dan Thailand yang bersolidariti ke atas kematian Zara Qairina di Masjid Kerisik, Pattani, Thailand.-UTUSAN/RAZALI ZAKARIA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI, THAILAND: Tra­­gedi menimpa pelajar ting­katan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, di Sabah bukan sahaja mengundang ke­sedihan rakyat Malaysia, malah turut mendapat simpati masyarakat Islam di Selatan Thailand.

Rata-rata penduduk di selatan negara ini tidak putus-putus berdoa supaya kematian remaja ber­kenaan mendapat pem­belaan sewajarnya.

Seorang penduduk, Suma Ahamad, berkata, meskipun tidak mendapat liputan oleh media arus perdana Thailand na­mun mereka tetap me­ngikuti perkembangan semasa kes secara rapat.

Menurutnya, maklumat tersebut diperoleh daripada laporan portal berita utama di Malaysia selain kandungan sahih menerusi aplikasi TikTok dan Facebook.

“Walaupun tidak ba­nyak dilaporkan media arus perdana Thailand, kisah ini sangat menyentuh hati kerana ia melibatkan seorang pelajar yang masih muda,” katanya.

Sebelum itu, hampir 1,000 penduduk tempatan bersama ahli kelab pemilik van dari empat wilayah ia­itu Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla berkumpul di Masjid Kersik di sini untuk mengadakan solat hajat dan tahlil khas buat Allahyarham Zara.

Perhimpunan aman itu menjadi simbol solidariti merentas sempadan, apabila lebih 200 van berkonvoi dari Yala menuju ke masjid berusia lebih 500 tahun itu sebelum solat Zuhur berjemaah diikuti bacaan doa untuk Allahyarham Zara.

Jurucakap perhimpunan, Sobri Salleh, menje­laskan, tujuan utama me­reka adalah bagi me­nyatakan sokongan mo­ral kepada keluarga mangsa serta memohon ke hadrat Allah agar segala urusan dipermudahkan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×