KUALA LUMPUR: Cadangan Malaysia untuk meneroka penyambungan rel rentas sempadan dengan Thailand mendapat maklum balas positif setakat ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Susulan itu, beliau berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini sedang menyediakan Memorendum Persefahaman (MoU) berkaitan rel rentas sempadan antara Malaysia dan Thailand. Katanya, MoU itu adalah sebagai satu usaha untuk memastikan cadangan rel rentas sempadan itu dapat direalisasikan kelak. “Bagi tujuan ini, MOT mengambil inisiatif untuk berkomunikasi dengan…