Nama ahli Parlimen enggan lakukan pemeriksaan kesihatan disiarkan di laman sesawang Parlimen

Nama ahli Parlimen enggan lakukan pemeriksaan kesihatan disiarkan di laman sesawang Parlimen

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen yang enggan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala akan dikenakan tindakan dengan menyiarkan nama mereka di laman sesawang Parlimen.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau telah menghantar surat rasmi kepada semua ahli Parlimen agar menjalani pemeriksaan kesihatan dan menetapkan tarikh akhir bagi pematuhan arahan tersebut.

Katanya, pemantauan kesihatan ahli Parlimen amat penting supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan baik ketika menjalankan tanggungjawab di dewan.

“Saya telah bekerjasama dengan Menteri Kesihatan untuk memastikan semua Yang Berhormat menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Siapa yang tidak mematuhi, nama mereka akan dipaparkan di laman sesawang. Ini bagi memastikan semua Yang Berhormat sihat dan mampu berfungsi dengan baik di Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad selesai sesi penggulungan perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN