Mayat Nik Zariff timbul selepas ibu berdoa tepi sungai

Mayat Nik Zariff timbul selepas ibu berdoa tepi sungai

YUSLIZA Jusoh (dua dari kanan) dan Nik Sulaiman Nik Ismail (tiga dari kanan) ketika anak mereka ditemukan lemas di Sungai Kampung Delong, Dungun, Terengganu. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : “Timbullah Abang, tiga hari ibu tunggu Abang pulang. Tengoklah air mata ibu bercucuran di sungai ini, timbullah sayang.”

Itu antara doa dan rayuan terakhir Yusliza Jusoh, 45, yang ‘memanggil’ anaknya, Nik Zariff Maliqi Qausar Nik Sulaiman, 12, di tepi Sungai Kampung Delong, di sini, hanya beberapa detik sebelum jasad anaknya ditemukan pasukan penyelamat kira-kira pukul 8.25 pagi ini.

Yusliza berkata, dia bersyukur anaknya ditemukan meskipun sudah tidak bernyawa lagi. 

Menurutnya, selepas menunaikan solat Subuh, dia dan suaminya, Nik Sulaiman Nik Ismail, 48, ke lokasi kejadian kira-kira pukul 7 pagi inii memohon doa agar anak mereka ditemukan.

“Saya sapu air mata dengan tangan dan saya letakkan dalam air. Saya tak putus-putus berdoa agar Allah SWT mudahkan urusan anak saya, syukurlah dia akhirnya dia dijumpai.  Syukur saya dapat lihat wajah dia yang sangat tenang dan saya dapat kucup dahinya,” katanya hari iniu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mayat murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Delong itu dijumpai kira-kira 700 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Nik Zariff Maliqi Qausar dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi bersama empat rakannya di sungai itu kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN