KOTA KINABALU: Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung prosiding pendakwaan lima remaja yang dikaitkan dengan kes buli di Mahkamah Kanak-Kanak di sini, hari ini. Peguam Hamid Ismail berkata, langkah itu perlu memandangkan mahkamah telah mengeluarkan perintah larangan penyebaran maklumat (gag order) yang menghalang mana-mana pihak daripada mendedahkan butiran prosiding kepada umum. Katanya, pihaknya sendiri terikat dengan larangan berkenaan…