Kedai makan klasik imbau zaman P. Ramlee

Kedai makan klasik imbau zaman P. Ramlee

WAN Ahmad Faizul Ahmad Azhar (kiri) Nur Shela Abdullah (kanan) menunjukkan Nasi Goreng Ikan Klasik dan Lempeng Nyior yang dijual di Kopi Kayu Klasik Pak Belalang di Kampung Pak Tuyu, Kuala Nerus, Terengganu. – UTUSAN/ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kegilaan ma­sya­rakat terhadap elemen retro dan nostalgia era 1950-an memberi inspirasi kepada pasangan suami isteri dari Kampung Pak Tuyu, di sini untuk membuka sebuah kedai makan berkonsep klasik, Kopi Kayu Klasik Pak Belalang yang mengimbau zaman kege­milangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Peniaga, Wan Ahmad Faizul Ahmad Azhar, 33, bersama isterinya, Nur Shela Abdullah, 31, mengambil pendekatan unik dengan mengetengahkan konsep klasik zaman silam yang menggabungkan suasana kedai kopi lama bersama menu tradisional Terengganu.

Wan Ahmad Faizul berkata, minat mendalam terhadap barangan antik dan pengaruh nostalgia yang kian popular dalam kalangan masyarakat menjadi dorongan untuknya mengusahakan kedai makan tersebut.

“Saya memilih konsep klasik zaman P. Ramlee kerana mahu memartabatkan warisan lama dan pada masa yang sama, ia menjadi daya tarikan kepada pelanggan.

“Walaupun kedai ini masih baharu, sambutan yang dite­rima sangat memberangsangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Kedai yang dihias dengan pelbagai barangan antik se­perti perabot lama, radio klasik, pos­ter filem hitam putih serta barangan retro lain itu bukan sahaja menarik perhatian golo­ngan berusia malah turut menjadi tumpuan generasi muda.

Antara menu yang ditawarkan ialah nasi goreng kan, Lempeng Nyior, nasi dagang, nasi minyak, dan laksa Terengganu yang semuanya dimasak menggunakan resipi asli dan dapur arang bagi mengekalkan keaslian rasa.

Malah, kopi O di kedai itu ha­nya berharga 50 sen menambah suasana nostalgia zaman dahulu.

Katanya, dalam masa terdekat jaudah makan tengah hari turut disajikan dan operasi kedai dibuka sehingga pukul lima petang.

“Antara menu tengah hari adalah nasi ayam gepuk dan ikan bakar tawar. Saya harap kedai ini terus memenuhi cita rasa masyarakat,” katanya.-UTUSAN.

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×