Kanak-kanak maut, motosikal ditunggang kakak berusia 11 tahun bertembung dengan van

Kanak-kanak maut, motosikal ditunggang kakak berusia 11 tahun bertembung dengan van

KEADAAN motosikal yang dinaiki mangsa selepas terlibat kemalangan di Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Bukit Merah, Tanah Merah, kelantan.-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang kanak-kanak maut selepas motosikal yang ditunggang kakaknya berusia 11 tahun bertembung dengan sebuah van di jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Bukit Merah di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa Nur Irdina Aulia Zainudin, 7, yang membonceng motosikal itu meninggal dunia dua jam kemudian semasa menerima rawatan di Hospital Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian motosikal ditunggang kakak mangsa telah keluar dari simpang berhampiran sebuah kedai tayar dan memasuki laluan utama.

“Akibatnya, motosikal itu telah bertembung dengan sebuah van yang datang dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas.

“Kemalangan itu menyebabkan Nur Irdina Aulia mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan. Mangsa telah meninggal dunia pada pukul 8.30 malam,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN