Kanak-kanak 10 tahun lemas semasa teman bapa bekerja - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 10 tahun lemas semasa teman bapa bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas semasa mengikut bapanya yang sedang membaiki mesin jentera rosak di kuala sungai, Kuala Semerak di sini semalam.

Mangsa yang berusia 10 tahun ditemukan di tebing muka kuala sungai itu semasa pegawai polis Balai Polis Cherang Ruku dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan seorang budak lelaki lemas di muka kuala sungai, Kuala Semerak di sini kira-kira pukul 7.35 malam.

Menurutnya, pegawai dan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan menjumpai mayat mangsa di kawasan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang unsur-unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

“Siasatan awal mendapati, budak lelaki itu mengikut bapanya membaiki mesin jentera yang rosak di sekitar kawasan tersebut sebelum lemas,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, ibu bapa atau penjaga diingatkan agar sentiasa memantau dan mengambil maklum pergerakan anak-anak ketika berada di kawasan pantai bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN