Jangan hilang fokus semangat patriotik - Anthony Loke

Isu Jalur Gemilang: Jangan hilang fokus semangat patriotik – Anthony Loke

Jalur Gemilang
ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Rakyat Malaysia diseru supaya dapat fokus kepada semangat patriotik dan tidak teralih perhatian dengan isu melibatkan pengibaran Jalur Gemilang secara tidak wajar.

Ini kerana, simbolik kenegaraan itu perlu menjadi platform yang menyatupadukan rakyat sebagai manifestasi semangat cintakan negara terutama menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Jalur Gemilang merupakan lambang perpaduan negara, justeru fokus itu tidak sepatutnya hilang akibat siri insiden berkaitan bendera itu akhir-akhir ini.

“Kecintaan kepada negara perlulah dalam diri dan kehidupan serta apa sahaja yang kita buat. Ini sekaligus mengingatkan kepada kita bahawa kecintaan kepada negara perlulah disemat dalam naluri kehidupan kita khususnya komuniti Pelabuhan Klang dan logistik.

“Untuk komuniti di Pelabuhan Klang dan logistik penting untuk sama-sama kita berusaha bersama mengangkat sektor logistik negara yang merupakan tulang belakang ekonomi negara,” katanya ketika berucap merasmikan program kibarkan Jalur Gemilang Komuniti Pelabuhan Klang, hari ini.

Sebelum ini, insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik termasuk pada sebatang besi di sebuah kedai perkakasan di Pulau Pinang yang mencetuskan perasaan kurang senang masyarakat seluruh negara.

Sehingga kini, polis dilapor merekodkan sebanyak 38 laporan telah diterima di seluruh negara melibatkan 17 di Pulau Pinang dan 21 di negeri-negeri lain.

Kata Anthony Loke, Beliau menekankan misi besar komuniti Pelabuhan Klang yang kini tersenarai antara 10 pelabuhan tersibuk di dunia seterusnya memastikan ekonomi negara terus berkembang maju.

Tambahnya, perasmian Menara Dius Api, Jabatan Laut Malaysia baru-baru ini yang berperanan sebagai kawalan trafik maritim yang diharap terus memperkasakan peranan Pelabuhan Klang.

“Sekarang ini, kita sedang merangka untuk memastikan pembangunan Pulau Carey sebagai pelabuhan ketiga akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Justeru, Pelabuhan Klang dan komunitinya akan terus limpahan ekonomi cukup besar dengan ada pelbagai projek pembangunan akan dilaksanakan di sini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN