KOTA KINABALU: Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 45, melalui peguam keluarganya, mendapat kebenaran Mahkamah Koroner untuk menjadi pihak berkepentingan sepanjang prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu bermula 3 September ini. Keputusan itu dibuat Koroner yang juga Pengarah Mahkamah Negeri, Azreena Aziz selepas prosiding pendengaran permohonan pasukan peguam mewakilnya di sini, hari ini. Media sebelum ini melaporkan, peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina memohon Noraidah yang juga anak guam…