SANA’A: Kumpulan Houthi di Yemen mendakwa bertanggungjawab melancarkan enam dron ke arah Israel pada malam Selasa. Kumpulan yang disokong Iran itu memaklumkan, serangan tersebut menyasarkan Haifa, Gurun Negev, Eilat dan Beersheba. Tentera Israel mendakwa, sekurang-kurangnya satu dron berjaya dipintas di luar pesisir Eilat, manakala yang lain dipercayai terhempas sebelum sampai ke sasaran. Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan. Walaupun serangan itu gagal menembusi Israel, ia menonjolkan usaha berterusan Houthi untuk menunjukkan…










