KUALA PILAH: Tiada guru, tiada kelas khusus, namun itu tidak menghalang seorang lelaki masyarakat Orang Asli di Johol di sini untuk menghasil produk-produk kraftangan sehingga sambutan pelanggan termasuk dalam kalangan pelancong luar negara. Bah Rizal Baek, 58, berkata, kehadirannya ke sebuah karnival usahawan membuka matanya tentang pelbagai teknik menghasilkan kraftangan, lalu mendorongnya untuk mencuba sendiri di rumah. Lelaki dari suku Semai itu berkata, kemahiran menghasilkan kraftangan diperoleh menerusi pemerhatian dan…