BALIK PULAU: Pasangan suami isteri yang dilaporkan cedera dalam satu kejadian kelar di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini, awal pagi semalam disahkan pasangan guru yang mengajar di sebuah sekolah di daerah Barat Daya di sini. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pasangan itu tinggal bersama keluarga wanita terbabit dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun. Katanya, pasanngan itu merupakan lulusan pengajian Bahasa Mandarin…