GOR diberi mandat salur bantuan rasmi ke Gaza

GOR diberi mandat salur bantuan rasmi ke Gaza

WALID ABU ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia disaran menyalurkan bantuan melalui wakil sah ke­rajaan Palestin iaitu Bilik Operasi Kerajaan (GOR) bagi intervensi kecemasan di wilayah selatan Gaza.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, organi­sasi itu diberi mandat khusus untuk menyelaras dan menga­gihkan semua bentuk bantuan kemanusiaan termasuk wang tunai dan barangan ke Semenanjung Gaza.

Jelasnya, GOR merupakan kerjasama dengan Kementerian Negara bagi Hal Ehwal Bantuan bagi memastikan ketelusan, keadilan dan keutamaan diberikan kepada golongan paling terkesan.

Katanya, bantuan boleh disa­lurkan atas nama Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin atau organisasi rakan kongsi lain yang diiktiraf dan disenaraikan oleh GOR.

“Organisasi-organisasi ini didaftarkan melalui portal bantuan kemanusiaan bersepadu, yang memastikan penyelarasan berjalan lancar.

“Bantuan boleh dihantar melalui tiga laluan iaitu melalui pihak Jordan yang diselaraskan secara langsung dengan Pertubuhan Kebajikan Hashemite untuk penghantaran terus ke Gaza.

“Kedua melalui pihak Mesir yang diselaraskan dengan pihak berkuasa Mesir berkaitan bagi mempercepatkan kemasukan bantuan.

Terakhir, menerusi Lapa­ngan Terbang Lod iaitu kerjasama dengan rakan kongsi dari Maghribi dengan penghantaran udara ke lapangan terbang dan disusuli dengan susunan logistik yang selamat ke pintu masuk Gaza,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan da­na sebanyak RM100 juta bagi membantu usaha membangun­kan semula Gaza.

Anwar berkata, dana tambahan itu bakal disalurkan ke tabung kemanusiaan dan perubatan Palestin dalam masa terdekat.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN