Ford Mustang Fastback, Toyota guna nombor plat palsu di sita - Utusan Malaysia

Ford Mustang Fastback, Toyota guna nombor plat palsu di sita

MOHD. Misuari Abdullah (kanan) menunjukkan kenderaan mewah yang dirampas melalui Op Luxury di sekitar Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kereta mewah jenis Ford Mustang Fastback dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang menggunakan plat palsu antara 13 kenderaan yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menerusi Op Khas Luxury bermula 1 Julai lalu.

Pengarahnya Mohd. Misuari Abdullah berkata, selain itu Toyota Alphard, BMW 523i dan Mercedes-Benz E250 CGI menjadi antara kenderaan yang disita.

“Hasil operasi itu kita mendapati semua pemilik menggunakan plat palsu bagi mengaburi mata anggota penguat kuasa selain mengelakkan dikesan dan membayar cukai jalan.

“Kesemua 13 buah kenderaan mewah yang disita itu bernilai lebih RM4.5 juta,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Misuari memberitahu, pihaknya turut mengesan warga asing melakukan kesalahan dengan kenderaan mewah tanpa lesen memandu yang sah.

Katanya, operasi dan pemantauan berterus akan terus dilakukan dalam usaha membendung perkara tersebut.

“Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar peraturan dan undang-undang di negara ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN