KUALA LANGAT: Empat remaja yang maut dalam kemalangan dekat Kampung Chodoi, Jalan Sultan Suleiman Shah, di sini, dikatakan baru pulang daripada mengadakan aktiviti barbeku di Panti Morib dekat sini malam semalam. Menurut ibu salah seorang remaja terlibat, arwah ada meminta wang daripadanya untuk keluar melakukan aktiviti itu bersama kawan-kawannya. “Saya berikan RM5 kepadanya dan wang itu masih tersimpan rapi dalam beg dompetnya. Memang amat sedih sebab dia anak yang baik…