Eda Ezrin mahu bertenang, minta tidak diganggu

Eda Ezrin mahu bertenang, minta tidak diganggu

EDA Ezrin (kiri) mohon diberikan ruang dan tidak diganggu selepas dibebaskan atas pertuduhan pil kuda dan penyalahgunaan dadah dari Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyanyi Bea Sobar Bea Eda Ezrin, 33, yang kembali semula ke pangkuan keluarga malam tadi selepas dibebaskan atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda dan penyalahgunaan dadah dari Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand memohon semua pihak memberikan ruang kepadanya untuk bertenang buat sementara waktu.

Sumber berkata, selain itu Eda Ezrin atau Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, turut meminta supaya dia tidak diganggu buat buat sementara waktu.

“Buat masa ini Eda Ezrin sedang menunggu suaminya (Mohd. Affendi Ahmad, 35,) pulang dan memerlukan satu tempoh bertenang.

“Eda Ezrin berharap semua pihak memahami situasinya yang baru sahaja diserahkan kepada keluarga selepas memberi keterangan di Balai Polis Rantau Panjang pada malam tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Eda Ezrin dan Nur Aida Mamat,33, kembali ke pangkuan keluarga masing-masing malam tadi selepas sembilan bulan menjalani tahanan sementara di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.

Empat lagi rakyat Malaysia, suami kepada Eda Ezrin, Mohd. Affendi Ahmad, 35, suami Nur Aida iaitu Mohamad Alif Deraman, Eridieka Mohd. Noor, 33 dan Zuhaira Nasrin, 26, masih ditempatkan di Pejabat Imigresen Sungai Golok, Thailand.

Sebelum itu, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan Nur Aida menjalani proses rakaman percakapan di Balai Polis Rantau Panjang lebih tiga jam selepas tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada pukul 7.50 malam.

Bagaimanapun Eda Ezrin memilih untuk pulang ke rumah ibu mentuanya di Kota Bharu.

Terdahulu, Nur Aida keluar dari Balai Polis Rantau Panjang pada 11.30 malam dengan menaiki kereta sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda HR-V.

Eda Ezrin yang memakai jubah berwarna hitam kelihatan sempat berpelukan dengan ibunya, Zahara Mamat, 47, sebaik sahaja keluar dari pintu balai polis sebelum menaiki sebuah kereta jenis Honda City Hatchback keluarga mentuanya 10 minit kemudian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN