Dua rakan didakwa khianati Eda Ezrin orang Kota Bharu-Polis Kelantan

Dua rakan didakwa khianati Eda Ezrin orang Kota Bharu-Polis Kelantan

MOHD. Yusoff Mamat semasa sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan mendedahkan dua individu yang didakwa melakukan perbuatan khianat ke atas penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin dan suami bersama empat rakan sehingga ditangkap atas kesalahan memiliki dadah di Sungai Golok, Thailand pada 2 November tahun lalu berasal dari bandar ini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, identiti kedua-dua suspek telah dikenal pasti dan usaha menjejak mereka sedang giat lakukan.

“Kedua-dua individu merupakan seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berusia lingkungan 30-an.

“Kita (Polis Kelantan) sudah kerap kali ke rumah suspek berpandukan kepada alamat pada kad pengenalan, namun mereka tiada. Usaha mengesan mereka terus dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan Polis Kelantan giat menjejak dua rakan yang didakwa melakukan khianat ke atas penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin dan suami bersama empat rakan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut hasil kenyataan yang diberikan selepas kesemua mereka ditahan sebaik sahaja masuk ke negeri ini.

Pada 6 Ogos lalu melaporkan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, suami bersama empat rakan dibebaskan sepenuh­nya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN