Deklarasi KL Malindo-Madani solusi kepada dunia Islam

Deklarasi KL Malindo-Madani solusi kepada dunia Islam

ANWAR Ibrahim melihat deklarasi Kuala Lumpur Malindo - MADANI pada Majlis Cendekiawan MADANI Malaysia - Indonesia (Malindo MADANI) 2025 di Masjid Putra, Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyantuni seramai 40 cendekiawan Indonesia di Masjid Putra, di sini.

Mereka yang bernaung di bawah Majlis Cendekiawan Madani Malaysia – Indonesia (Malindo Madani) 2025 itu turut menye­rahkan Deklarasi Kuala Lumpur Malindo – Madani kepada Anwar.

Dokumen deklarasi itu dise­rahkan oleh Pengerusi Pusat Dialog dan Kerjasama antara Tamadun Indonesia, Indonesia, Prof. Dr. M. Din Syamsuddin selepas solat Jumaat.

Anwar ketika ditemui berkata, beliau menyifatkan deklarasi itu sebagai rangkuman terbaik yang disediakan oleh cendekiawan di kedua-dua negara.

“Ia rangkuman (deklarasi) sa­ngat baik,” katanya.

Sementara itu, Dr. M. Din berkata, pihaknya mendukung prinsip Madani yang dibawa Malaysia oleh Perdana Menteri.

Menurutnya, gagasan Madani ini diharap akan menjadi solusi kepada dunia Islam.

“Maka deklarasi ini saya serahkan kepada Perdana Menteri (Anwar) hari ini (semalam),” katanya.

Deklarasi Kuala Lumpur Malindo – Madani mengandungi lima aspek iaitu mengembangkan memanfaat potensi peradaban Me­layu -Islam; keseimbangan alam sekitar mengatasi pertumbuhan eksploitasi dan pemulihan keseimbangan psikologi individu dan masyarakat.

Aspek lain termasuk mengembalikan sektor halal dan kewangan Islam kepada faham ekonomi yang adil dan secocok fitrah serta dunia yang meraikan kepelba­gaian peradaban.

Deklarasi ini telah dimeterai bersama antara cendekiawan Malaysia dan Indonesia ketika Majlis Malindo Madani yang berlangsung semalam hingga 24 Ogos ini di Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN