Buli: Ramai ibu bapa tampil buat laporan polis

Buli: Ramai ibu bapa tampil buat laporan polis

MOHD. Yusoff Mamat (kanan) melihat salah seekor kuda yang menyertai Kejohanan Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan 2025 di Bachok, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Golongan ibu bapa di negeri ini mula tampil membuat laporan polis berkaitan buli selepas kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir bulan lalu yang membuatkan mereka sedar bahaya perlakuan itu jika tidak dibendung.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya menerima lima laporan berhubung kes buli melibatkan pelajar sekolah di negeri ini dalam tempoh dua minggu.

Katanya, selepas isu yang melibatkan Zara Qairina mendapat perhatian, ramai dalam kalangan ahli keluarga atau ibu bapa yang tampil membuat laporan polis berhubung isu buli melibatkan anak mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah ramai ibu bapa yang tampil kerana mereka mempunyai kesedaran berhubung kes buli yang berlaku sejak kebelakangan ini sehingga ramaimembuat laporan polis.

“Mereka sudah faham bahawa kes buli merupakan satu kesalahan sebelum tampil membuat laporan polis. Apabila ada laporan, kita boleh menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut,” katanya selepas Majlis Penutup Kejohanan Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan 2025 di sini, semalam.

Mohd. Yusoff berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah mengenai pencegahan jenayah di sekolah pada setiap minggu.

Katanya, permohonan ceramah itu diterima selepas polis Kelantan mengadakan kempen jihad perangi dadah, kes rogol termasuk lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),

“Selain menempatkan pegawai perhubungan sekolah, polis juga berhubung dengan pegawai perhubungan di masjid untuk mengadakan ceramah berkaitan jenayah kepada jemaah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini