SYDNEY: Ribuan rakyat Australia menyertai perhimpunan pro-Palestin pada Ahad, ketika hubungan antara negara itu dan Israel tegang susulan keputusan kerajaan untuk mengiktiraf Palestin. Menurut Palestine Action Group, lebih 40 perhimpunan diadakan di seluruh negara semalam, termasuk kehadiran terbesar di Sydney, Brisbane dan Melbourne. Kumpulan itu berkata, kira-kira 350,000 orang menghadiri perhimpunan di seluruh negara, termasuk 50,000 di Brisbane, walaupun polis menganggarkan jumlah sebenar mencecah 10,000. Polis tidak mempunyai anggaran penunjuk…