153 pangkalan haram atas tanah kerajaan dirobohkan terlebih dahulu - Utusan Malaysia

153 pangkalan haram atas tanah kerajaan dirobohkan terlebih dahulu

MOHD. Yusoff Mamat (kanan) menyerahkan kunci kenderaan kepada Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo untuk kegunaan pasukan berkenaan selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 153 pangkalan haram yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan terlebih dahulu dalam usaha membendung aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, kerja-kerja perobohan itu akan dijalankan oleh Pihak Tanah dan Galian (PTG), pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kami (polis) akan membantu kelancaran semasa kerja-kerja merobohkan pangkalan haram itu dijalankan.

“Jumlah keseluruhan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand ialah sebanyak 212. Ia meliputi kawasan penugasan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, PBT akan memberikan notis dalam masa sebulan kepada penduduk walaupun kawasan yang bakal dirobohkan itu adalah tanah kerajaan.

“Setakat ini dua kali mesyuarat penyelarasan telah diadakan bertujuan untuk urusan merobohkan pangkalan haram oleh pihak PTG (Pejabat Tanah dan Galian),” ujarnya.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, sebanyak 212 jeti di pangkalan haram sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand telah dikenal pasti untuk dirobohkan dalam operasi bersepadu pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama agensi keselamatan.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas di PTG Kelantan bagi mengekang kegiatan penyeludupan dan memastikan kawalan sempadan lebih terjamin.-UTUSAN

 

 

 

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN