BATU PAHAT: Setiap bahagian UMNO umpama sebuah pasukan bola sepak dengan setiap pemimpin perlu memainkan peranan bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sekiranya parti hanya menumpukan pada kerusi-kerusi ‘panas’ atau calon popular tanpa pasukan yang lengkap di setiap DUN dan Parlimen, parti berisiko kecundang. “Dalam padang bola, kita ada ‘striker, ‘midfielder’, ‘fullback’, ‘goalkeeper’. Kalau kita hanya ada ramai ‘striker’…