JITRA: Thailand dan Kemboja setuju untuk melaksanakan gencatan senjata susulan gesaan dibuat Malaysia hasil perbincangan panjang antara Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemangku Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Kemboja, semalam. Menurut Perdana Menteri, perbincangan yang berlangsung menerusi panggilan telefon itu dibuat atas dasar hubungan baik Malaysia dengan kedua-dua negara serta penghormatan mereka terhadap kedudukan Malaysia di rantau ini. “Saya menyatakan pandangan kepada mereka, tolong sebagai sahabat Malaysia lakukan segera…











