SHAH ALAM: Taman asuhan kanak-kanak (taska) di negeri ini didakwa mengenakan pelbagai syarat lebih ketat kepada ibu bapa bekerja yang mahu menghantar anak mereka ke pusat jagaan itu. Malah, ada juga taska yang tidak mahu menerima atau menawarkan perkhidmatan penjagaan bayi susulan nisbah seorang pengasuh, tiga bayi yang ditetapkan dan gaji minimum sebanyak RM1,700 didakwa membebankan pengusaha. Tinjauan Utusan Malaysia terhadap pengusaha-pengusaha mendapati, terdapat taska mengenakan syarat membebankan ibu bapa…