SPRM sahkan tiada elemen jenayah dalam Projek MyKiosk - Utusan Malaysia

SPRM sahkan tiada elemen jenayah dalam Projek MyKiosk

AZAM Baki (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas antara Rosli (kiri) kepada Azmin Yusoff di Kompleks SPRM Kelantan, Kota Bharu hari ini, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada elemen jenayah dikesan dalam siasatan melibatkan kes tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, siasatan kes tersebut lebih terarah kepada aspek tatakelola yang diuruskan oleh kementerian berkenaan.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan setakat ini, tiada elemen jenayah dikesan. Penyiasatan kes dijalankan lebih tertumpu kepada aspek tatakelola.

“Terdapat kesilapan apabila ada yang mengatakan SPRM siasat kes jenayah dalam kes tersebut. Kita fokus siasat isu tatakelola dalam kes itu agar KPKT boleh menambah baik aspek itu,”katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Persaraan-Bakti Disanjung, Budi Dijunjung Sempena Persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain di Kompleks SPRM Kelantan di sini hari ini.

Azam memberitahu, pertikaian terhadap isu tender dan harga bagi projek MyKiosk seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak adalah tidak benar.

Media ebelum ini melaporkan, SPRM menerima aduan daripada salah sebuah parti politik berkaitan wujudnya amalan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh KPKT

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, susulan itu, pihaknya telah menjalankan siasatan awal berhubung aduan tersebut.

Katanya, pada masa yang sama, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) juga telah memulakan proses penyiasatan secara serentak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN