RAUB: “Saya sudah dua minggu tidak mampu jadi imam, tetapi hari ini (kelmarin) saya gagahkan diri, niat untuk imamkan jemaah buat kali terakhir.” Itu kata-kata terakhir Tengku Badri Tengku Jaafar, 60, kepada beberapa ahli jawatankuasa masjid sebelum tiba-tiba rebah di hadapan lebih 300 jemaah ketika mengimamkan solat Jumaat di Masjid Ar Rahmat, Felda Lembah Klau, di sini kelmarin. Pengerusi KAF Felda Lembah Klau, Datuk Abdullah Abu Bakar yang juga Ahli…