SEPANG: Tiga suspek kes bunuh penuntut sebuah universiti swasta di Cyberjaya, 24 Jun lalu, disambung reman tujuh hari lagi. Perintah reman dikeluarkan Majistret Khairatul Animah Jelani bermula hari ini sehingga Khamis depan. Terdahulu, tiga suspek terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tiba di Kompleks Mahkamah Sepang, di sini pukul 8.40 pagi semalam dalam keadaan tangan bergari serta dikawal oleh anggota polis. Ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa keluar dari kawasan mahkamah…