GAZA: Empat pusat agihan bantuan kendalian Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) di Tal al-Sultan, kejiranan Saudi, Khan Younis dan Wadi Gaza kini terletak dalam zon pemindahan, kawasan yang sepatutnya dikosongkan orang awam. Ini bermakna penduduk yang mahu mendapatkan makanan terpaksa memasuki semula kawasan berbahaya yang sebelum ini terpaksa ditinggalkan atas arahan tentera Israel. Paling menyedihkan, menurut laman Facebook GHF, pusat ini juga hanya dibuka selama beberapa minit sahaja pada satu-satu masa…