Polis siasat video tiga kereta halang laluan di lebuh raya

Polis siasat video tiga kereta halang laluan di lebuh raya

TANGKAP layer video tular memaparkan tiga buah kereta menghalang kenderaan lain di Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan) berhampiran Hentian Rehat Dan Rawat Pedas-Linggi dekat Rembau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Polis menyiasat satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan tiga buah kereta menghalang laluan di Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Pedas-Linggi di sini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu dengan cuai atau melulu sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

“Polis juga menjalankan siasatan di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan orang awam serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana meletak atau mengendalikan kenderaan dengan cara yang menyusahkan pengguna jalan raya.

“Polis memandang serius terhadap sebarang tindakan yang mengganggu atau mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, terutamanya di lebuh raya yang mempunyai aliran trafik berkelajuan tinggi. Ini kerana bukan sahaja melanggar undang-undang malah berpotensi menyebabkan kemalangan maut,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan tiga buah kereta yang didakwa menyekat pergerakan kenderaan lain di lebuh raya berkenaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN