KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Turun Anwar mengutip sampah sarap yang ditinggalkan selepas selesai penganjuran himpunan tersebut di Dataran Merdeka petang ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kawasan sekitar lokasi perhimpunan berada dalam keadaan bersih walaupun masih kelihatan sisa seperti botol plastik, surat khabar dan sepanduk kecil ditinggalkan.
Para peserta yang masih berada di lokasi juga bersama-sama membersihkan kawasan di sepanjang laluan berhampiran Pasar Seni dan Jalan Tun Tan Cheng Lock.
Keadaan kembali tenang menjelang petang selepas masing-masing beredar dan meninggalkan pekarangan Dataran Merdeka.
Himpunan yang berlangsung hari ini disertai pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis, mahasiswa dan orang awam dari seluruh negara.-UTUSAN.