Pertemuan gay: Kerajaan Kelantan tuntut siasatan rapi, menyeluruh

Pertemuan gay: Kerajaan Kelantan tuntut siasatan rapi, menyeluruh

MOHAMAD Fadzli Hassan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menuntut polis menjalankan siasatan rapi dan menyeluruh susulan serbuan ke atas sebuah banglo di Kemumin, Pengkalan Chepa disini yang dijadikan sebagai lokasi penganjuran ‘pertemuan’ gay pada pertengahan Jun lalu.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, langkah itu bertujuan menggelakan salah faham, fitnah atau hukuman masyarakat sebelum kebenaran ditentukan.

“Jika terbukti siasatan dan tindakan pihak polis berasas dan benar, kita minta supaya tindakan tegas diambil kepada pihak-pihak yang terlibat.

“Sebaliknya jika dakwaan pihak NGO dan individu terbabit itu betul, tindakan untuk memperbetulkan keadaan perlu diambil. Prinsip keadilan mesti ditegakkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demkian selepas beberapa pihak mempersoal serbuan polis ke atas ‘pesta seks sejenis’ di sebuah banglo di Kemumin baru-baru ini.

Mohamed Fadzli memberitahu, polemik itu berlaku selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu tertentu menafikan wujudnya pesta sebegitu sebagaimana pendedahan yang dibuat oleh polis.

Katnya, NGO itu menegaskan bahawa tiada seorang pun daripada mereka yang menawarkan atau terlibat dalam perkhidmatan seksual semasa acara tersebut.

“Dalam perkara ini, kerajaan ingin menekankan bahawa mana-mana pihak yang bercadang untuk menganjurkan apa jua program, khususnya yang berpotensi mengundang kontroversi atau kekeliruan, wajib mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

“Kegagalan mematuhi garis panduan dan prosedur boleh mencetuskan kesan yang tidak diingini serta mencemarkan keharmonian negeri. Ketelusan fakta amat penting untuk mengelakkan masyarakat daripada bersangka buruk dan menghukum tanpa asas,” ujarnya.

Semalam media melaporkan, Majlis AIDS Malaysia (MAC) menjelaskan pihaknya mengadakan sesi outreach bagi mendekati komuniti berisiko tinggi sebagai pencegahan HIV, di sini pada 17 Jun lalu sebelum diserbu pihak polis.

Majlis yang berlangsung jam 8 malam sehingga 2 pagi itu adalah pendekatan strategik yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan untuk memastikan perkhidmatan HIV lebih berkenaan, inklusif dan berpaksikan kepada komuniti.

Susulan kenyataan itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, menegaskan serbuan polis terhadap perjumpaan makan-makan LGBT di sebuah rumah banglo di Jalan Kemumin, di sini, baru-baru ini adalah kerana pihak berkuasa itu mempunyai bukti yang kukuh.

Katanya, serbuan dilakukan hasil risikan polis sebelum serbuan itu dilakukan selain turut mendapat aduan daripada pihak yang berkenaan mengenai aktiviti kumpulan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN