GAZA: Usaha untuk membersihkan berjuta-juta tan runtuhan akibat pengeboman Israel di Gaza boleh menghasilkan lebih 90,000 tan gas rumah hijau dan mengambil masa sehingga empat dekad untuk diselesaikan. Kajian penyelidik dari Universiti Edinburgh dan Universiti Oxford mendapati kemusnahan terhadap rumah, sekolah dan hospital di Gaza antara Oktober 2023 hingga Disember 2024 menghasilkan sekurang-kurangnya 39 juta tan runtuhan konkrit. Bagi memindahkan kesemua runtuhan tersebut ke tapak pelupusan, sekurang-kurangnya 2.1 juta lori pelupusan diperlukan untuk menempuh jarak sejauh 29.5 juta kilometer bersamaan dengan mengelilingi bumi sebanyak 737 kali. Proses itu sahaja dijangka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya