PETALING JAYA: Pelantikan pempengaruh konservatif, Nick Adams, sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia berisiko menjejaskan hubungan dua hala berikutan latar belakang beliau yang kontroversi. Kehadiran Adams di Malaysia juga dibimbangi mencetuskan ketegangan politik memandangkan beliau dikenali sebagai tokoh yang sering mengeluarkan kenyataan berunsur islamofobik, misoginis dan pro-Zionis. Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, pelantikan Adams boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang selama…