SEOUL: Seorang lelaki warga Korea Utara ditahan selepas berjaya menyeberangi sempadan darat yang dikawal ketat ke Korea Selatan, menurut kenyataan tentera Seoul hari ini. Menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan, lelaki yang dikenal pasti sebagai orang awam itu dilaporkan berjaya melintasi Garisan Persempadanan Tentera (MDL), di bahagian tengah Zon Bebas Tentera (DMZ) pada Khamis. MDL merupakan sempadan de facto yang membahagikan kedua-dua Korea dan kawasan DMZ pula dikenali sebagai salah satu kawasan paling banyak dipasang periuk api di dunia. “Angkatan tentera mengesan individu itu berhampiran MDL dan menjalankan penjejakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya