KUALA NERUS: Pusat Seni Interaktif Warisan, Lambo Sari di Kampung Telaga Daeng, di sini membantu kira -kira 15 aktivis yang bernaung di bawahnya menjana pendapatan melalui jualan rangka wau bulan dan kit mewarna batik ke Singapura, sejak lima tahun lalu. Pengasasnya, Sarinah Said berkata, pusat seni yang diwujudkan pada 2019 itu berperanan sebagai pusat seni setempat yang mempamerkan hasil seni warisan Terengganu seperti batik, wau, kuih tradisional dan busana tradisional.…