KPM sudah muktamadkan panduan bina sekolah menegak

KPM sudah muktamadkan panduan bina sekolah menegak

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah memuktamadkan Panduan Perancangan Pembangunan Sekolah Secara Menegak dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, panduan tersebut dirangka bagi memastikan pelaksanaan konsep sekolah menegak mengambil kira pelbagai aspek penting termasuk keselamatan, keselesaan, dan kesejahteraan murid.

“KPM memberi perhatian terhadap tiga aspek utama dalam perancangan sekolah menegak iaitu aspek berkaitan murid, teknikal dan pengurusan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) di Dewan Rakyat semalam.

Bagi aspek murid katanya, KPM memberi tumpuan kepada keselamatan pergerakan menegak, akses untuk murid berkeperluan khas, kesejahte­raan emosi dan sosial serta ruang rekreasi.

“Aspek teknikal pula melibatkan keperluan akustik, pencahayaan semula jadi, laluan kecemasan, struktur bangunan serta penyelenggaraan.

“Bagi pengurusan, kita perlu pertimbangkan isu berkaitan strata khususnya bagi model-model sekolah bertingkat yang lebih kompleks,” jelasnya.

Tambah beliau, panduan ini menjadi rujukan utama kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan dan pengurusan sekolah bertingkat bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN