SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan bergelut dengan serangan luar biasa serangga yang dikenali sebagai lovebug, dengan ratusan video dan hantaran di Instagram serta YouTube merakam gangguan teruk di seluruh negara. Kementerian Alam Sekitar Korea melancarkan operasi kecemasan kawalan serangga bermula semalam di kawasan Gunung Gyeyang, Incheon yang menjadi pusat utama pembiakan serangga musim panas itu. Serangan serangga yang tidak pernah berlaku itu melibatkan spesies plecia nearctica atau dipanggil lalat merah…