PETALING JAYA: Sebanyak 4,352 jawatan sektor kesihatan akan diisi segera oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memenuhi keperluan mendesak tenaga kerja berkenaan ketika ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kelmarin dan beliau sendiri menekankan keperluan untuk mempercepatkan proses terbabit. “Saya telah menegas serta menekankan supaya Ketua Setiausaha KKM dan Ketua Pengarah Kesihatan menyegerakan pengisian itu melalui kaedah ‘fast track’ berbanding konvensional,” katanya…