BANGI: Isu kekurangan lebih 22,000 guru di negara ini berjaya diselesaikan Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP). Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelbagai mekanisme dan langkah dilaksanakan bagi menoktahkan isu itu dan ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Katanya, guru-guru yang dihantar bagi mengisi kekosongan adalah guru berkualiti tinggi dan dan dapat memenuhi keperluan para pelajar. “SPP telah melaksanakan reformasi bagi memastikan tiada lagi isu kekurangan…