GAZA: Kumpulan pejuang Hamas berjaya menggagalkan cubaan tentera Israel untuk menyeludup peralatan pengintipan kepada ‘tali barut’ bagi melaksanakan misi keselamatan yang berbahaya. Israel didakwa menggunakan pusat agihan bantuan di Gaza untuk merekrut dan bertemu dengan ejen perisik tempatan, menurut seorang pegawai keselamatan Hamas kepada Al Jazeera. Pegawai itu turut dilaporkan berkata, Israel menggunakan dadah untuk memerangkap golongan muda agar menjadi tali barut dan memberikan tugas risikan kepada mereka. “Kami menggagalkan…










