BEIJING: Hujan lebat luar biasa yang melanda utara China mencetuskan banjir besar di bandar Baoding, wilayah Hebei, memaksa lebih 19,000 penduduk berpindah. Dalam tempoh 24 jam lalu, daerah Yi di barat Baoding merekodkan jumlah hujan sebanyak 447.4 milimeter (mm), hampir menyamai jumlah purata hujan tahunan bandar tersebut yang biasanya melebihi 500 mm. Beberapa stesen cuaca di wilayah Hebei, yang merangkumi Baoding, turut mencatatkan rekod baharu akibat hujan luar biasa itu.…










