Hentikan polemik pelantikan ketua hakim negara-DAP - Utusan Malaysia

Hentikan polemik pelantikan ketua hakim negara-DAP

NGA Kor Ming (depan) melambai tangan kepada orang ramai sebaik tiba di lokasi Program Sentuhan Kasih 3.0 di Kampung Penambang, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: DAP meminta semua pihak menghentikan polemik berhubung pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara (KHN) sebaliknya berlapang dada dengan keputusan tersebut.

Timbalan Pengerusi Nga Kor Ming berkata, proses pelantikan itu telah dilaksanakan dengan penuh tertib serta memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 122B dan Perkara 125, malah telah mendapat restu Yang Dipertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Majlis Raja-Raja.

Menurutnya, penyelesaian isu tersebut membuktikan pelantikan KHN telah melalui semua proses yang sepatutnya bermula dari peringkat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Malaysia (JAC) sehinggalah pelantikan rasmi oleh YDPA.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan. Terbukti tiada mana-mana pihak cuba campur tangan dalam urusan pelantikan KHN dan kita menghormati keseluruhan prosesnya.

“Kerajaan Madani turut menjunjung kasih titah YDPA dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan menyeru semua pihak berhenti mempolitikkan isu pelantikan KHN,” katanya pada sidang media semasa lawatan ke Program Baik Pulih Rumah di bawah Program Sentuhan Kasih 3.0 di Kampung Penambang, di sini hari ini.

Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberitahu, proses pelantikan KHN perlu diikuti dengan penuh tertib kerana semua pihak perlu menghormati prinsip Perlembagaan Persekutuan selain perlu mendapt restu daripada Majlis Raja-Raja.

“Selagi Majlis Raja-Raja tidak bersidang, kita tidak boleh mlelantik KHN dan kita bersyukur apabila proses berkenaan berjalan dengan lancar dan selesai sepenuhnya pada hari ini.

“Kita berharap institusi kehakiman akan terus meyakinkan rakyat serta seluruh anggota masyarakat supaya mereka (institusi kehakiman) dapat terus membuat keputusan dengan adil dan saksama kepada semua pihak mengikut lunas undang-undang,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN