NEW DELHI: Seekor gajah berusia lebih 100 tahun dilaporkan mati di tengah India, menurut kenyataan pegawai hari ini. Gajah, yang diberi nama Vatsala, mati pada Selasa di Rizab Harimau Panna, di negeri Madhya Pradesh. Menurut kenyataan rasmi kerajaan negeri, Vatsala, yang sekian lama menjadi tarikan utama pelancong ke rizab berkenaan, dianggap sebagai ‘gajah betina tertua di Asia’. “Disebabkan usia yang sudah lanjut, Vatsala kehilangan penglihatan dan tidak mampu berjalan jauh,” kata pegawai. Ketua Menteri Madhya Pradesh, Mohan Yadav berkata, Vatsala bukan sekadar seekor gajah. “Dia adalah penjaga senyap hutan kita,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya