KUALA LUMPUR: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, laporan berita itu juga telah dijadikan sebagai rujukan beberapa pemimpin parti politik untuk menyerang kepimpinan negeri. “Etika kewartawanan seharusnya dijunjung tanpa mengira pendirian parti politik sama ada prokerajaan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas membuat…










