KUALA LUMPUR: ASEAN tidak boleh berasa selesa dengan kedudukan dan matlamat yang telah dicapai menerusi Forum Serantau ASEAN (ARF) sebaliknya perlu lebih berwaspada dengan cabaran yang dihadapi rantau Asia Pasifik ketika ini. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pencapaian ARF tidak boleh dipandang rendah, namun pada masa sama, sikap leka dan berpuas hati harus dielakkan bagi memastikan forum itu kekal relevan. “Kita tidak boleh memandang rendah terhadap pencapaian ARF. Namun, kita juga tidak boleh berasa selesa dan leka. Cabaran keselamatan yang sedang dihadapi oleh rantau Asia Pasifik hari ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya