BALING: Tiga tahun selepas tragedi kepala air yang meragut tiga nyawa di Kampung Iboi, Kupang, penduduk di kawasan itu kini menarik nafas lega apabila pembinaan Empangan Sabo yang menjadi pelindung utama daripada bencana telah mencapai 62 peratus kemajuan. Kejadian pada 4 Julai 2022 itu dianggap paling ngeri dalam sejarah kampung apabila limpahan air deras dari Gunung Inas membawa puing, bongkah batu, pasir dan lumpur, memusnahkan rumah dan meragut nyawa sekelip…