SEOUL: Mahkamah Tertinggi Korea Selatan hari ini membebaskan Ketua Eksekutif Samsung, Lee Jae-yong, daripada tuduhan penipuan berkaitan penggabungan syarikat pada 2015, sekali gus menamatkan pertempuran undang-undang yang berlarutan selama bertahun-tahun. Jae-yong, cucu pengasas Samsung dan ketua de facto syarikat itu sejak 2014, sebelum ini didakwa menggunakan penipuan saham dan perakaunan untuk mengukuhkan kawalannya ke atas syarikat. Mahkamah Tertinggi mengekalkan keputusan tidak bersalah dalam dua perbicaraan sebelum ini, sekali gus menolak semua tuduhan terhadap Jae-yong. “Mahkamah Tertinggi hari ini mengesahkan bahawa penggabungan Samsung C&T dan amalan perakauan Samsung Biologics adalah sah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya